Thursday, December 25, 2008

Ape daa...

Kalo kita tengok orang tu makan kat tempat mahal-mahal,
mesti kita cakap kat dalam hati,
huishh, kaya orang tuh..

Kalo kita tengok orang tu makan kat kedai mamak dengan menu nasi putih + telor goreng + air kosong,
mesti kita cakap kat dalam hati,
hurmm, tak mampu orang nih.

Kalo kita tengok orang tu beli baju mahal-mahal,
mesti kita cakap kat dalam hati,
huishh, kaya orang tuh..

Kalo kita tengok orang tu beli baju kat pasar malam,
mesti kita cakap kat dalam hati,
hurmm, tak mampu orang nih..

Kalo kita tengok orang guna henpon + yang mahal-mahal lak tuh,
mesti kita cakap kat dalam hati,
huishh, kaya orang tuh..

Kalo kita tengok orang pakai public fon + kalo ada pun henfon 3310 + credit kong,
mesti kita cakap kat dalam hati,
hurmm, tak mampu orang nih..

Kalo kita tengok orang pakai baju mahal jenama overseas,
mesti kita cakap kat dalam hati,
huishh, kaya orang tuh..

Kalo kita tengok orang pakai baju pasarlambak.com + baju xde style + made in malaysia,
mesti kita cakap kat dalam hati,
hurmm, tak mampu orang nih..

Kalo kita tengok orang tuh minum ice-blended starbucks,
mesti kita cakap kat dalam hati,
huishh, kaya orang tuh..

Kalo kita tengok orang tuh minum air tebu tepi jalan,
mesti kita cakap kat dalam hati,
hurmm, tak mampu orang nih..


Kalo kita cakap kat dalam hati,
huishh, kaya orang tuh..
kawan : mesti jadi kawan baik..
pelayan restoran : ini menunya, sila kan cik, disini kami menyediakan bla bla bla..
pekerja butik : rekomen baju new arrival..
orang keliling : memandang dengan penuh kagum..

Kalo kita cakap kat dalam hati,
hurmm, tak mampu orang nih..
kawan : kita jadi kawan biasa je ye? ..
pelayan restoran : kalau nak order, sila ke kaunter ye..
pekerja butik : xyah rekoman baju la, buat bazir air liur je, mampu ke tuh? ..
orang keliling : kalo tak mampu, buat cara tak mampu..


Cuba kita renungkan,
Cuba kita perhatikan,
Cuba kita fikirkan,

Betul tak apa yang saya katakan?



Semua ini adalah berdasarkan kajian dan pemerhatian saya. Sekiranya terdapat persamaan, itu adalah secara kebetulan sahaja. Terima kasih

Thursday, December 11, 2008

PROJECT..PROJECT..PROJECT

Wahh...tension giler...

PROJECT..PROJECT..PROJECT..PROJECT..
juling mata aku tengok project..tengok je..progress xde..
buntu..

Padan muka aku propose tajuk susah-susah..kan dah padan muka..
padan muka aku..padan muka aku..bluekk..
perasan diri gempak sangat la tuh propose tajuk susah-susah..
sedar la diri tu sket..awak tuh beginner je baru..

Bangun pagi mengadap screen komputer tanpa melakukan apa-apa aktiviti..
Hanya menatap, merenung, memikir, membaling tetikus..
Tunggu sehingga dapat email dari supervisor..barulah tersedar, tiada guna nya termenung lagi..

Aku bangikit dengan semangat baru..Yeayy!! Aku boleh!!
Dengan penuh semangat aku melangkah ke meja komputer ku..
Jari mula menekan-nekan keyboard..mata mula memandang screen..mencari maklumat yang tepat dan benar..
Tangan semakin pantas menaip, menekan tetikus..mata semakin cepat mencari maklumat-maklumat...
Akhirnya......


Aku termenung, merenung, memikir,membaling tetikus lagi..

Warghhh...tension...xjumpe pape...

Nak kene sergah ke baru nak buat??

"Mane progress awak??"

Wednesday, December 10, 2008

This is me


I've always been the kind of girl
That hid my face
So afraid to tell the world
What I've got to say

But I have this dream
Bright inside of me
I'm gonna let it show
It's time to let you know
To let you know

This is real, this is me
I'm exactly where I'm suppose to be now
Gonna let the light shine on me
Now I've found who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I wanna be
This is me

To feel so in the dark
To dream about a life
Where you're the shining star
Even though it seems
Like it's too far away
I have to believe in myself
It's the only way

This is real, this is me
I'm exactly where I'm suppose to be now
Gonna let the light shine on me
Now I've found who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I wanna be
This is me


Demi Lovato (Camp Rock)

twilight..


Last sunday.. aku ngn bf nak g tgk wayang cite BOLT..mase tengah syok-syok beratur+dengan penuh semangat nye, tibe-tibe aku tgk kt 'skrin tv kecik yang tulis list-list movie tuh' cite BOLT dah tukar selling fast..takpe-takpe, ktorg beratur gak..bile sampai kt kaunter, orang kt kaunter cakap sit tinggal 4 je..tu pun asing-asing..jauh-jauh lak tuh.. aduishh..hancur hati..takpela, tengok je la cite len..



Bf aku cakap dia ade bace novel TWILIGHT..cite pasal vampire..aku lak cam x minat je vampire2 nih..mesti bosan..xpela, beli je la..janji tengok wayang..hikhik..Tepat pada mase, ktorg pun masuk wayang..aku rase cite nih mesti bosan..tapi rupenye mmg best giler..giler-giler la..rase cam nk tgk lg..hikhik..member aku g tengok cite ni sampai 2 kali..aku pun rase camtu gak..rase cam nk tgk lg je..tp kang bazir lak..hehe..

Kepada sape-sape yg x g tgk lg, g la tgk..mmg best..kehkeh..(sempat promote, bukan dapat komisyen pn)

Tuesday, December 9, 2008

The geng of kutai!!!

Waaaa~~

Rindu kt kutai-kutai..sedih-sedih sume-sume pun dh g mane-mane tah..dah bersepah-sepah..
hikhik banyak tak double-double perkataan..Nape kutai? Takde name yang best sket ke? Haa..aku pun pelik..cari la name yang meletup sket..macam bombastik ke, fantastik ke.. tapi pelik itu unik..kehkeh.. Biar aku ceritakan sikit sejarah kewujudan kutai dalam hidup kami!

Nama K.U.T.A.I di ambil bersempena dengan rumah tradisional yang Josh buat untuk final project dia. Disebabkan nama itu pelik, DYLA, VIKI dan AKU mentertawakan nya. Tu la orang tua-tua cakap tak baik mengutuk, nanti kite jatuh cinta. Begitulah yang terjadi kepada kami. Sehingga kini nama KUTAI sentiasa menjadi sebutan VIKI dan AKU terutamanya DYLA. JOSH lak mesti bangga sebab dia la yang mewujudkan ke KUTAI an itu..

Ini lah kutai-kutai itu :



JOSH a.k.a ABANG KUTAI a.k.a BERUK



DYLA a.k.a KAKAK KUTAI 1 a.k.a KETAM




VIKI a.k.a KAKAK KUTAI 2 a.k.a LIPAS




NADIA a.k.a ADIK KUTAI a.k.a TIKUS



Hehehe.. Jangan marah ek?

Nway, congrate Josh dah berjaya dengan rumah kutai nya..

Sekian terima kasih..

P/S : sorry aku curi gamba korang..hikhik



Musim air..

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam..

Raya kali nie aku se family balik kampung kat melaka..
Pertama kali dalam hidup kena balik kampung harung air..Sangat la menarik..
Penat-penat je pakai perfume, tapi kene air banjir gak..cett..
Tapi mmg best la..haha..cam mandi sungai pun ade gak..
Air sungai pun dah tak nampak cam sungai dah..sume dh same kaler cam air banjir..kekeke

Sampai je kat kampung, perkara pertama yang aku buat adalah..g cari kuah masak lodeh nenek aku.. yum..yum..sedap giler makan dengan sambal dengdeng..

Nway, selamat hari raya..
maaf zahir batin kepada semua yek..hehe

Sunday, December 7, 2008

Tak sama ek?

Bila kita ketawa, orang pun ketawa dengan kita..
Bila kita menangis, kita menangis sorang-sorang..
Kenapa ek?

Bila kita senang, orang pun dekat dengan kita..
Bila kita susah, kita susah sorang-sorang..
Kenapa ek?

Bila kita kenyang, orang pun sama-sama kenyang dengan kita..
Bila kita lapar, kita lapar sorang-sorang..
Kenapa ek?

Bila kita cantik, orang pun dekat dengan kita..
Bila kita kureng, kita sorang-sorang..
Kenapa ek?


Begitu juga bila kita..
berharta,
berpangkat,
berkedudukan,

Ramai akan mendampingi..

Tapi,
Bila kita..
tak berharta,
tak berpangkat,
tak berkedudukan,

Ramai akan menjauhi..

Kenapa ek??

Bukan kah kita semua sama?
tak sama ek?
ke sama je??