Sunday, June 19, 2011

Syukur

Assalamualaikum,

Lama nya tak post something kat my sweet blog. Sekarang ni terlalu busy dengan kerja, preparation bagai. Rasa macam nak meletup pun ada. betul orang kata, zaman bercinta adalah zaman sukaria, zaman bertunang adalah zaman yang penuh mencabar, zaman kahwin adalah permulaan hidup yang baru bagi semua orang. Memang bertunang bukanlah manis yang disangka. Macam-macam dugaan yang akan kita hadapi.

Kadang-kadang aku rasa bertuahnya wedding kawan-kawan aku di support oleh family masing-masing. Bagi aku diorang patut bersyukur kerana segalanya disediakan. Tak payah pening-pening fikir bajet hantaran, bajet butik, bajet photographer, bajet catering, bajet door gift..semua nya disediakan. Cuma tinggal pilih yang mana berkenan. Kadang-kadang sampai kereta dan rumah pun ditanggung oleh keluarga.

Tapi, bila difikirkan balik, aku sepatutnya lagi bertuah sebab semua tu disediakan oleh hasil titik peluh ku dan tunang sendiri, tanpa membebankan keluarga sedikit pun. Mungkin bahagian catering je lah atas pilihan keluarga sebab parents lagi tahu mana lauk yang sedap mana tak sedap (semua tu atas rekomen dari kawan-kawan mereka ye..aku memang tak berani campur, nanti kena marah..huu~) Parents lebih menyerahkan bulat-bulat pada kami untuk menguruskan semua. Terima kasih kepada parents kerana percaya kan kami. LOVE THEM SO MUCH :) Dan sebenarnya aku lagi senang mengeluarkan duit poket sendiri dari parents. Sebab aku rasa ni adalah majlis aku. Kenapa perlu menyusahkan parents kalau kita sendiri yang nak kahwin. Nak kahwin adalah atas kemahuan dan kehendak sendiri. Keputusan sendiri sepatutnya jadi tanggungjawab sendiri. Lain lah kalau kena kahwin paksa. Itu memang 100% ditanggung family pun aku tak kisah..hehe.. Ini adalah prinsip aku. Aku tak tahu lah orang lain macam mana.. Masing-masing ada pendapat sendiri. :)

Bermula dari hantaran, butik pengantin, door gift, photographer, kereta, rumah semua kami tanggung bersama. Nampak macam kahwin ni senang je kan? Tapi, sebenarnya memang menguji kesabaran. Bukan tak pernah kami berdua ikat perut selama sebulan sebab tak cukup duit. Tapi sebab nak bayar roadtax, pc rosak, kereta buat hal, macam-macam masalah yang timbul last-last minute, dan selalunya serentak. Kadang-kadang aku sampai menangis fikir hal wedding yang tak selesai. Mana nak cari duit lebih, mana nak bayar semua tu. Nasib baik ada tunang yang selalu tenangkan aku. Biasa la perempuan, emo terlebih kadang-kadang..hehe..

Kalau orang cakap, sapa suruh ambil pakej kahwin yang mahal-mahal kalau tahu tak cukup bajet? Sapa suruh buat grand-grand kalau takde duit? Kalau ada yang cakap macam ni, memang nak kena pelangkung dengan aku je la.. (sigh~)

Semua yang kami berdua ambil adalah pakej yang termurah yang pernah kami jumpa. Serius tak tipu!! Tipu la kalau aku cakap aku tak kisah kalau baju ke pelamin ke tak cantik, janji murah.. Sekali seumur hidup kan, pertama dalam sejarah hidup lagi, naik pelamin, mesti nak merasa semua tu. Tapi, aku pun boleh beza mana membazir, mana tak..Alhamdulillah tunang banyak bagi advise pasal ni. Memang aku mengaku, aku berangan nak pelamin macam tu macam ni, baju macam tu macam ni, tapi, sekarang aku tak kisah. Alhamdullillah walaupun bukan idaman, tapi sekurang-kurangnya ada pelamin :) hasil titik peluh kami ..

Bukan aku tak pernah bergaduh pasal kewangan, banyak kali. Tapi, tunang selalu mengalah. Aku kesian kat dia sebab selalu kena buat OT sebab nak dapatkan duit lebih. Aku? Nak buat OT? Mana pulak datang duit OT kat ofis aku tu.. Kalau ada OT, hari-hari aku buat. Even kerja sampai esok pagi, kerja Sabtu Ahad pun, memang mimpi la nak dapat duit lebih. Bonus?? Berangan sampai tahun depan pun belum tentu dapat.

Minta maaf kepada tunang kerana selalu menyusahkan dia. Semoga kita berjaya menempuh alam pertunangan dengan sabar dan matang. Semoga dugaan yang kita sama-sama hadapi ni, akan menjadi titik permulaan untuk menempuh alam rumah tangga. Terima kasih atas segala pengorbanan abg! I LOVE YOU :)


NotaHati : Ya Allah, kuatkan hati kami supaya bersabar dengan setiap dugaanMu. Amin~