Monday, September 28, 2009

Wanita


Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.Tanpa mereka,hati,fikiran dan perasaan lelaki akan resah masih mencari walaupun ada segalanya apa yang tidak ada dalam syurga, Namun Adam tetap rindukan hawa…pada wanitalah lelaki panggil ibu,isteri ataupun puteri. Dijadikan wanita dari rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tapi kalau lelaki tidak lurus….mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah. Didiklah mereka dari panduan daripada-Nya. Janganlah menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan nantinya mereka semakin menderita. Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang kekal. Disitu punca bagi kekuatan dunia.


Akal setipis rambutnya,tebalkan ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Perasaan selembut sutera, Hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nanti mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Ia bukan dikriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan.


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak akan terhibur dan tidak menghiburkan.Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus. Bahkan akan membengkok. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,pimpinlah diri sendiri kepada-Nya. Jinakkanlah diri pada Allah nescaya akan jinaklah segala-gala di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah Az-zahrah andai peribadimu tidak sehebat Ali Karamallahuwajhah…….RENUNGKANLAH WAHAI KAUM ADAM……….


NotaHati : "Dijadikan wanita dari tulang rusuk manusia Adam" kenapa tak tulang kepala??kerana wanita bukan untuk dijunjung dan dipuja-puja, "Jika bukan untuk dijunjung dan dipuja-puja mengapa tak dijadikan dari tulang kaki manusia Adam??" kerana bukan tempat wanita dikaki malah bukan untuk dijadikan hamba abdi. "Wanita dijadikan dari tulang rusuk manusia Adam kerana ianya berdekatan dgn hati(untuk disayangi dan dijadikan sebagai teman hidup) dan terletak berhampiran dengan tangan(perlu dilindungi)."

I'm lost..


nothing to say...heart attack..maybe!

Friday, September 25, 2009

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Sebulan puasa, tipu la aku rase x sedih sebab bulan ramadhan dah nak tamat..sedih gak coz kite tak tau kan samada kite sempat ke tak jumpa bulan ramadhan lagi tahun depan..huhu..


Tahun ni disebabkan raye jatuh hari ahad, so sempat la family aku balik kampung berbuka puasa..selalunye malam raye baru ktorg sampai..hehe..seronok jugak la dpt berbuka ramai-ramai..So, tahun ni 1st raye aku kat kampung mak kat melaka..petang raye sampai 3rd saye kt rumah ayah kat johor..4th raye balek melaka balik...then baru balek kl..means xde la seminggu kot cuti raye..aku balik raye ke4 pun, kl still lengang lagi..tu yg best tuh..hehe..


Nway..selamat hari raya to all my family and friends..and to my special person..(selamat hari raya syg!)