Tuesday, October 11, 2011

1 1 1

1 month 1 week 1 day
.
.
.
.
.

(speechless and serabut kusut masai)

thank you

Tuesday, September 20, 2011

Dah lama tak meraung

Hari ni buat ke abad an kali nya, aku MERAUNG !!! hari ni hari yang sangat tension kot.. esok lusa lagi yang double triple crazy tension...

Before that, sebenarnya aku memang not in mood . . macam-macam hal ( maybe tension macam-macam lagi-lagi dah nak dekat ni ) masa ni lah nak buat tu nak buat ni nak bertekak bergaduh bertumbuk fikir tu fikir ni serabut, tapi still tak nangis lagi..

Then, risaukan mak yang tak sihat. tangan mak sakit T-T .. aku yang kena gantikan kerja-kerja rumah memandangkan aku anak sulung dan perempuan . . seboleh-boleh aku taknak mak buat kerja. tangan mak pun dah berbalut, doc pun dah nasihat mak tak boleh buat kerja sangat. lagi lah aku larang mak buat kerja . hari-hari aku risau mak tinggal sorang-sorang kat rumah.. dan hari-hari aku nak balik cepat nak tolong mak.

ok tu hal peribadi, masuk bab kerja pulak.. ok bab ni yang buat aku hilang sabar.

boleh ke siapkan flash game dalam masa 30 hari? bukan 1 - 2 game, lebih 5 kot . . tu tak termasuk gambar-gambar lain yang kena buat . . tu tak termasuk audio video yang kena buat . . boleh ke? serabut gile..

hari ni aku tak tahan sangat.. pukul 4.10 petang, aku nak bersiap-siap solat asar, aku kena panggil terlibat dengan meeting..sebenarnya aku memang tak tahu yang aku kena masuk meeting..sebab semalam nya memang nama aku memang bukan senarai orang masuk meeting..aku dah janji dengan mak nak balik awal..aku dah pesan mak jangan buat apa-apa, tunggu aku balik T-T . . ok fine pukul 5 meeting tak habis lagi, and of course la ada sorg lagi presenter akan datang sebab dia memang kena present tapi dia lambat sebab sesat and aku buat conclusion sendiri meeting akan habis malam.. dan aku dah mula nak menangis. nasib baik aku cakap dengan kawan aku nak balik cepat atas alasan puasa ( dan memang aku puasa walaupun alasan tu sangat tak logik..takkan aku nak bagitahu kat bilik meeting mak saya tak sihat? mau meraung aku kat situ jugak)

aku dapat permission untuk balik, tapi aku dapat tengok muka orang-orang dalam bilik tu sangat meluat okeh!! dan aku terus keluar dan pack barang dan terus lari masuk kereta dan apa lagi MERAUNG teringat mak kat rumah...risau nye YA ALLAH..

Sampai rumah memang da petang la kan kalau keluar pun dah lewat, harus lah kawasan bangsar SESAK petang-petang.. dan kan aku dah agak, mak bertungkus lumus panas kan lauk untuk aku berbuka...lagi aku MERAUNG... dalam hati menyumpah-nyumpah pasal meeting tadi..

dan mata aku pun bengkak la..xkan bersinar-sinar pulak kan..Mak, kaklong minta maaf balik lambat.. T-T

NotaKaki : Sedang cari kerja baru

Thursday, September 15, 2011

Happy birthday vs Preparation

Happy birthday to me..yeay and sad..dah berumur 25tahun?? serius?? SERIUS!!! thanks to all my friends yang wish ya..and sangat2 berterima kasih kat my beloved family yang belanja makan roti nan :) takpelah, walaupun hambar tapi takpe je :)

And thanks jugak kat fiancee yang nyanyikan lagu happy birthday dalam 2 versi (of course malay and english..haha) tu je..thanks and appreciate sgt walaupun no surprise no hadiah no dating2 jalan2 ..takpelah..atleast dia ingat :)

Hari yang sama pergi ambil kad..that was my birthday present actually..alhamdulillah :)

Maybe sibuk dengan preparation bagai plus tugasan kerja yang melambak membuatkan takde masa nak huhahuha..

Nota Hati: Terima kasih Allah kerana memberiku nafas sehingga hari ini..~

Saturday, September 3, 2011

2 months 2 weeks 2 days to go

. . .
(speechless)

Sunday, July 24, 2011

Happy 7th Anniversary

Today is a day!!! yeay..alhamdulillah..

Walaupun tak pergi celebrate or dating2 macam dulu, tapi dia tetap call..love him so much..

Nampak macam senang je kan? 7 tahun? Tapi macam-macam dugaan yang datang..Gembira, sedih, marah, kecewa, takde perasaan, keliru..macam-macam.. Sebenarnya bukan senang nak kekalkan hubungan yang lama tanpa ikatan yang sah..sangat susah..kalau tak kuat hati ni, memang dah lama cabut..(macam aku kuat sangat..haha)

Ni yang nak cerita nih..hehe..mahu ingat kembali kisah lalu tiba-tiba je..haha

Hurm, apa kata aku cerita bila semuanya dah selamat..only 3 months to go and aku still berserabut settle macam-macam..huarghhh!!...

To my fiancee : i love you forever and ever..thank you so much for everything..semoga kita sama-sama bersabar dan semoga semuanya selamat..amin :)

NotaKaki : Harini penat berjalan kat Jalan TAR dengan kakngah dan alia..dan aku tidak membeli apa-apa pun :(

Sunday, June 19, 2011

Syukur

Assalamualaikum,

Lama nya tak post something kat my sweet blog. Sekarang ni terlalu busy dengan kerja, preparation bagai. Rasa macam nak meletup pun ada. betul orang kata, zaman bercinta adalah zaman sukaria, zaman bertunang adalah zaman yang penuh mencabar, zaman kahwin adalah permulaan hidup yang baru bagi semua orang. Memang bertunang bukanlah manis yang disangka. Macam-macam dugaan yang akan kita hadapi.

Kadang-kadang aku rasa bertuahnya wedding kawan-kawan aku di support oleh family masing-masing. Bagi aku diorang patut bersyukur kerana segalanya disediakan. Tak payah pening-pening fikir bajet hantaran, bajet butik, bajet photographer, bajet catering, bajet door gift..semua nya disediakan. Cuma tinggal pilih yang mana berkenan. Kadang-kadang sampai kereta dan rumah pun ditanggung oleh keluarga.

Tapi, bila difikirkan balik, aku sepatutnya lagi bertuah sebab semua tu disediakan oleh hasil titik peluh ku dan tunang sendiri, tanpa membebankan keluarga sedikit pun. Mungkin bahagian catering je lah atas pilihan keluarga sebab parents lagi tahu mana lauk yang sedap mana tak sedap (semua tu atas rekomen dari kawan-kawan mereka ye..aku memang tak berani campur, nanti kena marah..huu~) Parents lebih menyerahkan bulat-bulat pada kami untuk menguruskan semua. Terima kasih kepada parents kerana percaya kan kami. LOVE THEM SO MUCH :) Dan sebenarnya aku lagi senang mengeluarkan duit poket sendiri dari parents. Sebab aku rasa ni adalah majlis aku. Kenapa perlu menyusahkan parents kalau kita sendiri yang nak kahwin. Nak kahwin adalah atas kemahuan dan kehendak sendiri. Keputusan sendiri sepatutnya jadi tanggungjawab sendiri. Lain lah kalau kena kahwin paksa. Itu memang 100% ditanggung family pun aku tak kisah..hehe.. Ini adalah prinsip aku. Aku tak tahu lah orang lain macam mana.. Masing-masing ada pendapat sendiri. :)

Bermula dari hantaran, butik pengantin, door gift, photographer, kereta, rumah semua kami tanggung bersama. Nampak macam kahwin ni senang je kan? Tapi, sebenarnya memang menguji kesabaran. Bukan tak pernah kami berdua ikat perut selama sebulan sebab tak cukup duit. Tapi sebab nak bayar roadtax, pc rosak, kereta buat hal, macam-macam masalah yang timbul last-last minute, dan selalunya serentak. Kadang-kadang aku sampai menangis fikir hal wedding yang tak selesai. Mana nak cari duit lebih, mana nak bayar semua tu. Nasib baik ada tunang yang selalu tenangkan aku. Biasa la perempuan, emo terlebih kadang-kadang..hehe..

Kalau orang cakap, sapa suruh ambil pakej kahwin yang mahal-mahal kalau tahu tak cukup bajet? Sapa suruh buat grand-grand kalau takde duit? Kalau ada yang cakap macam ni, memang nak kena pelangkung dengan aku je la.. (sigh~)

Semua yang kami berdua ambil adalah pakej yang termurah yang pernah kami jumpa. Serius tak tipu!! Tipu la kalau aku cakap aku tak kisah kalau baju ke pelamin ke tak cantik, janji murah.. Sekali seumur hidup kan, pertama dalam sejarah hidup lagi, naik pelamin, mesti nak merasa semua tu. Tapi, aku pun boleh beza mana membazir, mana tak..Alhamdulillah tunang banyak bagi advise pasal ni. Memang aku mengaku, aku berangan nak pelamin macam tu macam ni, baju macam tu macam ni, tapi, sekarang aku tak kisah. Alhamdullillah walaupun bukan idaman, tapi sekurang-kurangnya ada pelamin :) hasil titik peluh kami ..

Bukan aku tak pernah bergaduh pasal kewangan, banyak kali. Tapi, tunang selalu mengalah. Aku kesian kat dia sebab selalu kena buat OT sebab nak dapatkan duit lebih. Aku? Nak buat OT? Mana pulak datang duit OT kat ofis aku tu.. Kalau ada OT, hari-hari aku buat. Even kerja sampai esok pagi, kerja Sabtu Ahad pun, memang mimpi la nak dapat duit lebih. Bonus?? Berangan sampai tahun depan pun belum tentu dapat.

Minta maaf kepada tunang kerana selalu menyusahkan dia. Semoga kita berjaya menempuh alam pertunangan dengan sabar dan matang. Semoga dugaan yang kita sama-sama hadapi ni, akan menjadi titik permulaan untuk menempuh alam rumah tangga. Terima kasih atas segala pengorbanan abg! I LOVE YOU :)


NotaHati : Ya Allah, kuatkan hati kami supaya bersabar dengan setiap dugaanMu. Amin~

Monday, March 7, 2011

Kisah benar...bayi keluar berkaki ayam..

Kisah ni dah lama berlaku, cuma aku teringat balik ketika aku sedang termenung memenuhkan masa lapang..kisah ni di ceritakan sendiri oleh pakcik ku ketika kami berada di kampung menyambut hari raya aidilfitri.kebetulan pakcik ku memang orang kampung situ dan agak dikenali ramai.jadi banyak la cerita2 yang di kongsi dengan anak2 buahnya..memang betul-betul memberi pengajaran..

Pakcik : Long, nak tau tak?

Aku : Apa nye?
(dengan nada tak berminat sebab tengah lapa sebab tak dapat sarapan lagi sebab photoshoot family untuk gambar raya tak abes lagi )

Pakcik : Minggu lepas, kecoh 1 kampung.

Aku : Pasal pe? ( masih tak berminat )

Pakcik : Minggu lepas, kat kampung sebelah ade sorang perempuan bersalin.comel sangat anak dia.

Aku : Hoo..pastu? ( nada masih sama )

Pakcik : Tapi, masalahnya anak dia..

Aku : ( Pandang pakcik aku dengan takde pape perasaan sebab rasa lapa lagi banyak dari rasa nak tahu )

Tiba2 adik ku menyampuk yang kebetulan ade dekat dengan ku. Kelihatan seperti sangat berminat dengan cerita pakcik tu.

Adik : Masalah? masalah ape? kenapa anak dia? cacat ke? mati ke?

Pakcik : Tak...anak dia selamat..mak dia pun selamat jugak tapi kesian anak dia..

Aku : ( Pandang je pakcik ku dengan muka masam sebab mood lapa tak hilang lagi )

Adik : Kenapa dengan anak dia? ( adikku bertanya dengan nada sungguh berminat, dan dalam masa yang sama keliling ku sudah dipenuhi dengan sepupu2 ku yang lain sebab nak tahu apa jadi kat bayi itu )

Pakcik : Tapi..... kesian anak dia...lahir2 keluar je kaki ayam..

Adik : Yeke? biar betul? kesian nye....

Pakcik : Tu la, lahir2 je keluar kaki ayam..kesian...

Aku : MEMANG LA KAKI AYAM, TAK KAN KELUAR2 PAKAI SPORT SHOES PULAK!!
(sambil berlalu pergi ke dapur sebab da kelaparan gile)

Pakcik ku terbahak2 sorang2 kat serambi rumah...adik ku mula buat muka sengeh2 tak bersalah...

hampeh punye pakcik!!

Pengajaran nya, jangan cuba berlawak dengan orang yang tengah takde mood kalo tak nak kene tempeleng..terima kasih... :D

notahati : Semoga nenek ku cepat sembuh..amin~

Sunday, January 23, 2011

Sometimes..


Sometimes..

I miss my best friends..
I dont know why..

(speechless)

I just want to say..
We all have our own life to pursue..
Whatever you do right now..
Wherever you are..

I love you, my friends..

Even though we're not together any more..
I hope it's everything you dreamed your life could be..

I love you, my best friends.

(mode : dunno what happened to me !! sigh~~)

Sunday, January 16, 2011

Jatuh cinta!!!Curangkah??

Aku seorang yang sangat susah nak suka kan sesuatu..
Seriously, kalau aku dah suka 1 tu, aku xkan pandang yang lain..
Cantik macam mana pun, hensem macam mana pun..aku xkisah..
Aku tak kisah orang nak cakap taste aku teruk ke tak, asalkan aku tau aku selesa, aku suka..

Contoh terbaik,
Aku jumpa en tunang..
Kami bersuai kenal..
Aku susah jugak nak suka, tapi sebab dia ni seorang yang tak give up + sangat caring ( ok, ada pujian di situ..sila belanje saye ye en tunang ), akhirnya hati ni terbukak jugak..
he is the one and only :)

Tapi sekarang..
Aku dah jatuh cinta kah?
Waaa....macam mana ni...
Hati tengah serabut..
Macam berdebar2 je bila jumpa..
Macam excited habis..
Nak melompat pun ada..

Aku tak tau apa aku rasa ni 1 kesalahan atau tak..
Atau aku yang terlalu ikut nafsu..
Minta maaf en tunang..
Saya memang betul-betul dah jatuh hati...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jatuh hati buat kali ke2 memang menyerabutkan kepala..
Tak tahu nak pilih yang mana 1..
T-T

HTC ARIA

1st choice

atau

NOKIA C7
2nd choice

Kepada en tunang..
sila maafkan saya :(
ok terus terang..
saya sudah lama tak jatuh cinta dengan phone..
tapi kali ni dengan hasutan en tunang..
sambil blink2 kan mata sambil cakap dengan saya..
saya mengaku akhir nya..memang cantik..
ok, saya seorang perempuan..
dan semestinya kecantikan lagi penting dari dalaman phone itu..
hahahaha...saya tak peduli tentang dalaman..
janji saya suka sangat design phone2 ni..
hehhe

Wednesday, January 5, 2011

Happy New Year!! Happy New Life!!

Good bye 2010..Welcome 2011..yeay!!

Waa...kejap je dah tahun 2011..rase macam baru je tadika, pastu abes skola rendah, masuk skola menengah pulak, pastu grad uniten, pastu tanam anggur jap, pastu keje..huuu...

Penutup yang penuh dengan cerita..Tapi, pembukaan yang sangat menarik :)

1.1.2011

Saya telah disunting secara rasminya oleh incik abang saya a.k.a saya adalah tunangan orang..weeee..

huu..sungguh berdebar kot..seminggu sebelum majlis sebenarnya hati ni berbelah bagi..

"betul ke yang aku buat ni?"
"pasti ke dia yg terbaik?"
"tah2 silap tak.."

dan dengan selamba nye saya berdiskusi dengan incik abang saya dengan menyatakan yang saya sebenarnya tengah berbelah bagi nak teruskan ke tak..saya tak pasti ape yang saya buat ni betul ke tak..
dan dia sambil tersenyum dia cakap

"dari sebelum kita declare lagi kan abg dah penah pesan, kalo tak nak abg, just cakap je..jangan tangguh2..jangan paksa2"

and bermula detik itu, saya sangat terharu dan InsyaAllah yakin dengan keputusan yang saya buat..

Terima kasih Allah.. kerana temukan saya saya dengan insan bernama


AMIRUL KHALIS BIN BURHANNUDIN :)




Terima kasih jugak kat family saya yang bertungkus lumus untuk majlis pertunangan ringkas saya..saya minta maaf menyusahkan semua..

Terima kasih jugak kat family sebelah abang sebab susah payah bangun awal nak datang rumah..minta maaf kalau ada sebarang kekurangan dalam majlis tu.


1.1.2011

Hari yang sama abg sepupu saya telah berkahwin..

SELAMAT PENGANTIN BARU ABANG ERRY & KAK MASTURA :)




1.1.2011

yeay.... ABG EDDY & KAK AZA dapat baby boy..yeay..baby tahun baru lagi...comelll..cute....

CONGRATULATIONS YA..

BABY, JANGAN NAKAL2..DOK DIAM2..hehe


ok..


semoga tahun ni akan lebih baik dari tahun sebelum nya..amin~


TERIMA KASIH ATAS KURNIAAN-NYA.