Tuesday, July 21, 2009

Hari Keluarga TNB peringkat ibu pejabat 2009

Hari sabtu lepas, family aku mempunyai aktiviti yang sangat menarik iaitu kena pergi menghadiri HARI KELUARGA TNB..macam biasa la, memujuk mak takmo pergi..biasa la, dah besar kan..macam malu je nak main kutip gula-gila dalam tepung, main lari-lari dalam guni..tapi keputusan nye mak cakap "PERGI!!"..warghh..semua lari lintang pukang menyiapkan diri..(sebenarnya situasi ini sengaja direka-reka..haha)
Masa mula-mula sampai memang bosan la. Khemah memang banyak, hadiah pun banyak gile, orang pun ramai gile, budak-budak lari la ramai gile..tapi bosan jugak sebab "takkan datang je nak lepak-lepak kot, bosan nih.." so, aku mengambil inisiatif sendiri.."Jom join pape aktiviti", kataku kepada adik-adik ku dan ajakan itu disambut dengan jelingan tajam.adik aku cakap dah buang tebiat ke kakak aku nih.

So, aktiviti pertama adalah "MUSANG BERJANGGUT" dimana kejadian ini berlaku apabila dengan secara tidak sengaja aku ditarik masuk apabila mak aku sendiri yang menarik aku masuk lepas nampak muka aku secara tidak sengaja nya..aku pun dengan berat hari, memasuki lah acara itu..tapi mungkin sebab nak menaikkan lagi semangat aku kan, so aku ber"geng" dengan mak aku berjaya dapat no3..so, apalagi, makin semangat la..
Aku pun cari ajk aktiviti..aku daftar 3 acara lagi "BALUT MUMMY - tak dapat nombor..hikhik", "MENARA TERTINGGI - dapat nombor 1..wahaha", "BOLA JARING - no 2..sebab mak terer sangat". Lepas habis semua acara, dengan semangat yang membara ni, aku dengan adik aku pergi mengutip belon-belon..habis semua belon-belon kitorang cabut..yang paling menarik bila ada budak-budak kecik yang nak kan belon, aku tak bagi...wahaha..kalau nak, pergi amek sendiri..(ini pun rekaan semata-mata..)
Lepas acara padang, kitorang bergerak ke dewan..sebab ada air-cond..plus nak tengok persembahan-persembahan..hos pada tahun ni ialah Ali Mamak+Imuda (tapi rasanya tiap-tiap tahun pun hos yg sama..hurmm)..artis kali ni salima af, alif af, kumpulan indie apetah aku tak ingat dengan sapetah lagi..tapi yang paling menarik apabila persembahan shuffle dari budak-budak kecik..comel sangat-sangat...

Lepas habis cabutan bertuah, kitorang balik bersama segerombolan belon-belon..tapi paling sedih bila terpaksa lepaskan belon sebab nak balek tak muat kereta..sob3x...


Tapi, overall hari tu memang hari yang best!!hehe



2 comments:

Deviki @ Viki said...

ini kat mana kelab kilat ker ? Yg kat KL Bangsar tu ? Bestnye ...aku memang suke TNB family day mesti best !!!

nad said...

yup..ko xdpt ke??arituh tnb kepong xjoin ek??best gile..byk gile makanan aku dpt..kfc berkotak2 tuh..belon xyah ckp la..tgk gamba itu??haha