.
.
.
(speechless and serabut kusut masai)
thank you
Posted by nad at 8:29 AM 1 comments
Hari ni buat ke abad an kali nya, aku MERAUNG !!! hari ni hari yang sangat tension kot.. esok lusa lagi yang double triple crazy tension...
Before that, sebenarnya aku memang not in mood . . macam-macam hal ( maybe tension macam-macam lagi-lagi dah nak dekat ni ) masa ni lah nak buat tu nak buat ni nak bertekak bergaduh bertumbuk fikir tu fikir ni serabut, tapi still tak nangis lagi..
Then, risaukan mak yang tak sihat. tangan mak sakit T-T .. aku yang kena gantikan kerja-kerja rumah memandangkan aku anak sulung dan perempuan . . seboleh-boleh aku taknak mak buat kerja. tangan mak pun dah berbalut, doc pun dah nasihat mak tak boleh buat kerja sangat. lagi lah aku larang mak buat kerja . hari-hari aku risau mak tinggal sorang-sorang kat rumah.. dan hari-hari aku nak balik cepat nak tolong mak.
ok tu hal peribadi, masuk bab kerja pulak.. ok bab ni yang buat aku hilang sabar.
boleh ke siapkan flash game dalam masa 30 hari? bukan 1 - 2 game, lebih 5 kot . . tu tak termasuk gambar-gambar lain yang kena buat . . tu tak termasuk audio video yang kena buat . . boleh ke? serabut gile..
hari ni aku tak tahan sangat.. pukul 4.10 petang, aku nak bersiap-siap solat asar, aku kena panggil terlibat dengan meeting..sebenarnya aku memang tak tahu yang aku kena masuk meeting..sebab semalam nya memang nama aku memang bukan senarai orang masuk meeting..aku dah janji dengan mak nak balik awal..aku dah pesan mak jangan buat apa-apa, tunggu aku balik T-T . . ok fine pukul 5 meeting tak habis lagi, and of course la ada sorg lagi presenter akan datang sebab dia memang kena present tapi dia lambat sebab sesat and aku buat conclusion sendiri meeting akan habis malam.. dan aku dah mula nak menangis. nasib baik aku cakap dengan kawan aku nak balik cepat atas alasan puasa ( dan memang aku puasa walaupun alasan tu sangat tak logik..takkan aku nak bagitahu kat bilik meeting mak saya tak sihat? mau meraung aku kat situ jugak)
aku dapat permission untuk balik, tapi aku dapat tengok muka orang-orang dalam bilik tu sangat meluat okeh!! dan aku terus keluar dan pack barang dan terus lari masuk kereta dan apa lagi MERAUNG teringat mak kat rumah...risau nye YA ALLAH..
Sampai rumah memang da petang la kan kalau keluar pun dah lewat, harus lah kawasan bangsar SESAK petang-petang.. dan kan aku dah agak, mak bertungkus lumus panas kan lauk untuk aku berbuka...lagi aku MERAUNG... dalam hati menyumpah-nyumpah pasal meeting tadi..
dan mata aku pun bengkak la..xkan bersinar-sinar pulak kan..Mak, kaklong minta maaf balik lambat.. T-T
NotaKaki : Sedang cari kerja baru
Posted by nad at 9:48 PM 0 comments
Happy birthday to me..yeay and sad..dah berumur 25tahun?? serius?? SERIUS!!! thanks to all my friends yang wish ya..and sangat2 berterima kasih kat my beloved family yang belanja makan roti nan :) takpelah, walaupun hambar tapi takpe je :)
And thanks jugak kat fiancee yang nyanyikan lagu happy birthday dalam 2 versi (of course malay and english..haha) tu je..thanks and appreciate sgt walaupun no surprise no hadiah no dating2 jalan2 ..takpelah..atleast dia ingat :)
Hari yang sama pergi ambil kad..that was my birthday present actually..alhamdulillah :)
Maybe sibuk dengan preparation bagai plus tugasan kerja yang melambak membuatkan takde masa nak huhahuha..
Nota Hati: Terima kasih Allah kerana memberiku nafas sehingga hari ini..~
Posted by nad at 2:16 PM 0 comments
Today is a day!!! yeay..alhamdulillah..
Walaupun tak pergi celebrate or dating2 macam dulu, tapi dia tetap call..love him so much..
Nampak macam senang je kan? 7 tahun? Tapi macam-macam dugaan yang datang..Gembira, sedih, marah, kecewa, takde perasaan, keliru..macam-macam.. Sebenarnya bukan senang nak kekalkan hubungan yang lama tanpa ikatan yang sah..sangat susah..kalau tak kuat hati ni, memang dah lama cabut..(macam aku kuat sangat..haha)
Ni yang nak cerita nih..hehe..mahu ingat kembali kisah lalu tiba-tiba je..haha
Hurm, apa kata aku cerita bila semuanya dah selamat..only 3 months to go and aku still berserabut settle macam-macam..huarghhh!!...
To my fiancee : i love you forever and ever..thank you so much for everything..semoga kita sama-sama bersabar dan semoga semuanya selamat..amin :)
NotaKaki : Harini penat berjalan kat Jalan TAR dengan kakngah dan alia..dan aku tidak membeli apa-apa pun :(
Posted by nad at 10:30 PM 1 comments
Assalamualaikum,
Lama nya tak post something kat my sweet blog. Sekarang ni terlalu busy dengan kerja, preparation bagai. Rasa macam nak meletup pun ada. betul orang kata, zaman bercinta adalah zaman sukaria, zaman bertunang adalah zaman yang penuh mencabar, zaman kahwin adalah permulaan hidup yang baru bagi semua orang. Memang bertunang bukanlah manis yang disangka. Macam-macam dugaan yang akan kita hadapi.
Kadang-kadang aku rasa bertuahnya wedding kawan-kawan aku di support oleh family masing-masing. Bagi aku diorang patut bersyukur kerana segalanya disediakan. Tak payah pening-pening fikir bajet hantaran, bajet butik, bajet photographer, bajet catering, bajet door gift..semua nya disediakan. Cuma tinggal pilih yang mana berkenan. Kadang-kadang sampai kereta dan rumah pun ditanggung oleh keluarga.
Tapi, bila difikirkan balik, aku sepatutnya lagi bertuah sebab semua tu disediakan oleh hasil titik peluh ku dan tunang sendiri, tanpa membebankan keluarga sedikit pun. Mungkin bahagian catering je lah atas pilihan keluarga sebab parents lagi tahu mana lauk yang sedap mana tak sedap (semua tu atas rekomen dari kawan-kawan mereka ye..aku memang tak berani campur, nanti kena marah..huu~) Parents lebih menyerahkan bulat-bulat pada kami untuk menguruskan semua. Terima kasih kepada parents kerana percaya kan kami. LOVE THEM SO MUCH :) Dan sebenarnya aku lagi senang mengeluarkan duit poket sendiri dari parents. Sebab aku rasa ni adalah majlis aku. Kenapa perlu menyusahkan parents kalau kita sendiri yang nak kahwin. Nak kahwin adalah atas kemahuan dan kehendak sendiri. Keputusan sendiri sepatutnya jadi tanggungjawab sendiri. Lain lah kalau kena kahwin paksa. Itu memang 100% ditanggung family pun aku tak kisah..hehe.. Ini adalah prinsip aku. Aku tak tahu lah orang lain macam mana.. Masing-masing ada pendapat sendiri. :)
Bermula dari hantaran, butik pengantin, door gift, photographer, kereta, rumah semua kami tanggung bersama. Nampak macam kahwin ni senang je kan? Tapi, sebenarnya memang menguji kesabaran. Bukan tak pernah kami berdua ikat perut selama sebulan sebab tak cukup duit. Tapi sebab nak bayar roadtax, pc rosak, kereta buat hal, macam-macam masalah yang timbul last-last minute, dan selalunya serentak. Kadang-kadang aku sampai menangis fikir hal wedding yang tak selesai. Mana nak cari duit lebih, mana nak bayar semua tu. Nasib baik ada tunang yang selalu tenangkan aku. Biasa la perempuan, emo terlebih kadang-kadang..hehe..
Kalau orang cakap, sapa suruh ambil pakej kahwin yang mahal-mahal kalau tahu tak cukup bajet? Sapa suruh buat grand-grand kalau takde duit? Kalau ada yang cakap macam ni, memang nak kena pelangkung dengan aku je la.. (sigh~)
Semua yang kami berdua ambil adalah pakej yang termurah yang pernah kami jumpa. Serius tak tipu!! Tipu la kalau aku cakap aku tak kisah kalau baju ke pelamin ke tak cantik, janji murah.. Sekali seumur hidup kan, pertama dalam sejarah hidup lagi, naik pelamin, mesti nak merasa semua tu. Tapi, aku pun boleh beza mana membazir, mana tak..Alhamdulillah tunang banyak bagi advise pasal ni. Memang aku mengaku, aku berangan nak pelamin macam tu macam ni, baju macam tu macam ni, tapi, sekarang aku tak kisah. Alhamdullillah walaupun bukan idaman, tapi sekurang-kurangnya ada pelamin :) hasil titik peluh kami ..
Bukan aku tak pernah bergaduh pasal kewangan, banyak kali. Tapi, tunang selalu mengalah. Aku kesian kat dia sebab selalu kena buat OT sebab nak dapatkan duit lebih. Aku? Nak buat OT? Mana pulak datang duit OT kat ofis aku tu.. Kalau ada OT, hari-hari aku buat. Even kerja sampai esok pagi, kerja Sabtu Ahad pun, memang mimpi la nak dapat duit lebih. Bonus?? Berangan sampai tahun depan pun belum tentu dapat.
Minta maaf kepada tunang kerana selalu menyusahkan dia. Semoga kita berjaya menempuh alam pertunangan dengan sabar dan matang. Semoga dugaan yang kita sama-sama hadapi ni, akan menjadi titik permulaan untuk menempuh alam rumah tangga. Terima kasih atas segala pengorbanan abg! I LOVE YOU :)
NotaHati : Ya Allah, kuatkan hati kami supaya bersabar dengan setiap dugaanMu. Amin~
Posted by nad at 7:10 PM 0 comments
Kisah ni dah lama berlaku, cuma aku teringat balik ketika aku sedang termenung memenuhkan masa lapang..kisah ni di ceritakan sendiri oleh pakcik ku ketika kami berada di kampung menyambut hari raya aidilfitri.kebetulan pakcik ku memang orang kampung situ dan agak dikenali ramai.jadi banyak la cerita2 yang di kongsi dengan anak2 buahnya..memang betul-betul memberi pengajaran..
Pakcik : Long, nak tau tak?
Aku : Apa nye?
(dengan nada tak berminat sebab tengah lapa sebab tak dapat sarapan lagi sebab photoshoot family untuk gambar raya tak abes lagi )
Pakcik : Minggu lepas, kecoh 1 kampung.
Aku : Pasal pe? ( masih tak berminat )
Pakcik : Minggu lepas, kat kampung sebelah ade sorang perempuan bersalin.comel sangat anak dia.
Aku : Hoo..pastu? ( nada masih sama )
Pakcik : Tapi, masalahnya anak dia..
Aku : ( Pandang pakcik aku dengan takde pape perasaan sebab rasa lapa lagi banyak dari rasa nak tahu )
Tiba2 adik ku menyampuk yang kebetulan ade dekat dengan ku. Kelihatan seperti sangat berminat dengan cerita pakcik tu.
Adik : Masalah? masalah ape? kenapa anak dia? cacat ke? mati ke?
Pakcik : Tak...anak dia selamat..mak dia pun selamat jugak tapi kesian anak dia..
Aku : ( Pandang je pakcik ku dengan muka masam sebab mood lapa tak hilang lagi )
Adik : Kenapa dengan anak dia? ( adikku bertanya dengan nada sungguh berminat, dan dalam masa yang sama keliling ku sudah dipenuhi dengan sepupu2 ku yang lain sebab nak tahu apa jadi kat bayi itu )
Pakcik : Tapi..... kesian anak dia...lahir2 keluar je kaki ayam..
Adik : Yeke? biar betul? kesian nye....
Pakcik : Tu la, lahir2 je keluar kaki ayam..kesian...
Aku : MEMANG LA KAKI AYAM, TAK KAN KELUAR2 PAKAI SPORT SHOES PULAK!!
(sambil berlalu pergi ke dapur sebab da kelaparan gile)
Pakcik ku terbahak2 sorang2 kat serambi rumah...adik ku mula buat muka sengeh2 tak bersalah...
hampeh punye pakcik!!
Pengajaran nya, jangan cuba berlawak dengan orang yang tengah takde mood kalo tak nak kene tempeleng..terima kasih... :D
notahati : Semoga nenek ku cepat sembuh..amin~
Posted by nad at 10:25 PM 1 comments
Posted by nad at 1:51 AM 0 comments
1st choice
2nd choicePosted by nad at 8:40 PM 3 comments

Posted by nad at 3:40 PM 1 comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri.....
Dah masuk 10 hari baru nak wish..haha..sungguh tak malu..hurmm baru dapat mood nak tulis entry kali ni..bersempena dengan hari jadi ku yang jatuh serentak dengan hari raya, makna nya hari jadi aku kali ni agak special..thx sangat2 kat semua cousin ku yang sanggup nyanyi kan 'HEPI BEZDAY TO YOU...HEPI BEZDAY TO YOU.." tepat jam 12 ...walaupun ada yang da tido sebab tak larat nk tunggu..bese la esok nk kene bangun awal, nak siap2 g solat hari raya..and lepas diorang nyanyi ramai2 even pitching sume lintang pukang (ada aku kisah..hehe), my cousin beritahu rupa-rupanya diorang nak kenakan aku..cett..diorang rancang nk baling something tapi kulit muka aku sangat sensitip, so diorang cancel...so, buatla acara yang baik2 sahaja (phewww...selamat :D)...and at the same time dapat call dari my bf (muah2...)....waaa...sungguh happening time tuh...rase mcm best sgt..
even rase la jugak kekurangan sebab bff xde sorg pun yg wish..xpela..faham la jgk situasi dorg..sume pun da berstatus kan..aku kadang ter fikir jugak, nak join dorg pun rase segan sangat..aku ni berstatus tak rasmi, ala remaja2 nye status..hehe..(ada sebab nape aku rase mcm ni)..tp xpela..nak buat camne..zaman dah berlalu..masing-masing pn dah ade life masing-masing..takkan nk berkepit lg dengan aku kan?? haha..sungguh tak matured..nadia, patutla kau memang tak patut join dorg..mmg tak bagus..kau sungguh berbeza dengan dorg..tengok diri kau dulu sebelum nak join "welcome to our club".. but, atleast ade la 2 org bff yang wish..itu pun da lewat..xpela, sekurang-kurangnya masih ada yang ingt.. (waa...ape ni..ape ni..pesal la kau ngokngek makcik..)
ok, tukar topik but still topik yang same (ade beza ke?? ) sebelum pape, aku nak ucap thank you so much abg sebab bawak g jalan-jalan kat ou..finally dapat jugak makan pizza..da lame sangat mengidam nak makan..akhirnye abg cakap sempena bezday girl, abg blanje..plus dessert choc cake with ice cream..sedap sangat...plus nasi bersalut cheese (translate bahasa melayu)...kenyang giler2 la..lepas makan g jalan-jalan lagi...then abg blanje ice blended choc kat starbucks..(1 of my fav ok!)
then, kami g ppum tgk kawan abg sakit kat sana..tak pernah masuk ctu, so kami merayau merapu cari menara utama, tempat di mana kawan abg ditempatkan..ok fine tak jumpe..so, kami hanya jumpe menara timur..tibe-tibe ter fikir, alamak kang jumpe lak menara barat ke utara selatan..byk lagi menara ni..but, abg gelakkan aku sambil ber kata "mane ade barat selatan..dua je la..menara utama dengan menara timur..jgn konfiuskan abg.." aku? sengeh mcm kerang busuk..then kami da jumpe menara utama..baru nak masuk lif, tbe2 teringat takkan tak bawah buah tangan..waa...g cari kedai la pulak..tak tau kat ne..main redah je..buat tempat tu mcm kami yang punye..tbe2 nmpk food court, mane tau ade buah-buahan jual kt ctu..masuk pintu belakang food court keluar pintu depan food court...tawaf 2 kali baru g cari buah kat tempat lain.last2, jumpe jugak kedai buah..kat kedai buah lak, aku da rambang mata..abg lagi me 'rambang' kan mata aku..memula aku nmpk buah plum, nak beli la..pastu abg ckp xmo oren ke? aku tgk..hurmm ok la, oren...tbe2 abg ckp xmo epal?? aku tgk..hurmm, ok la epal...tbe2 abg ckp anggur dalam peti tu xmo?? warghh.....last2 amek anggur..tros bayar tros kuar...hahha...thx abg :D
kami tros naik tingkat sembilan...cari bilik and jumpe and tros masuk..da salam2 borak sket2 (sbb aku tbe2 jadi segan..hehe)..pastu kakngah col, kakngah nak balik and tunggu kt kl sentral...lebih kurang setengah jam kot melawat kawan abg, tros g klsentral amek kakngah pulak..ok..itu lah hari saya dan abg.. :) thx abg...love u so much..
entry kali ni agak panjang ckit sebab byk nak ckp..tapi berterabur...hehe..sempena hari raya , saya memohon ampun dan maaf kepada semua yang pernah saya sakitkan hati atau tersalah kata...saya hanya insan biase..kadang-kadang terlepas pandang tak sengaja..maafkan saya.. :)
*NotaHati : minggu depan bole kot.. hanya seorang yang tahu apa maksud ni
Posted by nad at 9:22 AM 0 comments
salam ramadhan bt semua :)
ahaks, dah masuk hari yang ke 14 baru nak wish..ello!!
puasa kali ni berbeza dengan tahun sebelum2 nih..sebab since aku sekolah menengah sampai dah berumur 23 tahun, aku berbuka bersama kawan2..yela dok jauh dari family..sob2..tp sekarang, hari2 berbuka dengan family..yeay!!
tapi macam sedih sikit la sebab sekali je (buat masa nie) dapat berbuka dengan my mr bf..sebab dua2 bizi..itu pun curi masa..especially my mr bf..asyik nak keje je..ot la ape la..waaa..menci2!!
raya kali ni aku menggunakan duit sendiri ye memandangkan aku 'sedar' diri yang aku dah 'besau' untuk di'belanja' oleh mak ayah aku..(tapi kadang2 terbabas jugak, pastu buat xtau..xoxo) aahkan, tiba2 teringat aku tak pernah cerita pasal gaji pertama aku..hurmm..sebab takde benda nk cerita..hehe..orang selalu cakap, kalau dah dapat gaji especially yang pertama, semua benda nak beli..baju la, phone la, groceries la(yeke??), pape je la..tapi aku?? hurmm..sejujurnya, gaji pertama aku tak beli apa2..sebab aku tak rasa nak beli apa2..bukan aku kedekut, tapi memang tak rasa nak beli..phone?? phone aku elok lagi..baju?? baju aku pun tak reput lagi..bole pakai :) groceries?? tah, tak minat kot..keke...kasut?? banyak kali masuk kedai kasut, tapi tengok2 lepas tu keluar..hehe..tak rasa nak beli..tudung?? dah banyak kat rumah...barang mekap??ada lagi sebab aku jarang mekap..haa...takde bende kan??sungguh penat berfikir barang apakah yang mau dibeli untuk gaji pertama..hurmm..akhirnya aku decide
- bagi mak & babah (wajib!!)
- minyak
- tol
- parking
- makan&minum
- kecemasan (in case)
okeh..bila semua perkara di atas telah di setelkan..still ada lagi dalam akaun..huhu..so, mari kita menyimpan untuk masa depan ...hehe :D
NotaHati : menyimpan ada sebab..hoho
Posted by nad at 7:48 AM 2 comments
Posted by nad at 8:22 AM 2 comments
thanks for everything abg...
2 days ago was a happy and an excited day for me, and abg also happy like me, nope i think very happy..but, yesterday was a tough day for me..after office hour, i called him..i need him..i know he quite busy..but i wanted to cry..
after waited 30minutes, he picked me at lrt bangsar. i immediately entered to his car when he arrived, sungguh tak malu!hehe...sorry abg..at that time, i'm under unstable emotion.he drove his car carefully while i cried. he persuaded and asked me why i was cried. i told him why i was unhappy, whereas yesterday i was happy with my new life.
he stopped his car at abdullah hukum lrt station car park.. he gave me some advice and at the same time persuaded me gently.. and finally i relieved.
thanks for everything abg...i really appreciate it..sorry coz susahkan abg..
NotaHati: i love u ... :)
Posted by nad at 11:55 PM 1 comments
Sungguh bosan...lepas en bf tukar keje, hidup beliau menjadi lebih extreme! sangat tak ade mase nak hang out lagi :( kejap2 out-station, kejap2 kene ot...sekarang ni, dating pun kat fon je..tu pun dh malam lepas en bf balek keje..komfom2 la en bf sangat penat dan terpaksa melayan kerenah cik gf nih yang macam2..
hurm, kalau dulu..rasenye every 2weeks komfom akan dating same..tapi hari ni genap sebulan tak jumpa..jumpa kat fon je btpe..lepas je en bf tukar keje, ye keje en bf skg sangat dekat dgn tempat tinggal saye, tapi sangat susah nak jumpe..tu la orang cakap..dekat tapi jauh..waa..benci2!
agaknye bile dapat jumpe lagi..tapi yang pasti bukan mase terdekat nih sbb en bf sangat bz..
NotaHati : to en bf - take care yourself, i'll always love you and try to understand your work..i know keje sekarang lagi berat dari dulu..and i hope we'll be together .. so, saye takyah nk merungut lagi!hehe :)
Posted by nad at 6:53 PM 1 comments
Posted by nad at 2:14 PM 0 comments
After waited for one month and a half *i guess..xoxo , and so many problems and i (also him) got fed up about it, finally he got his car..yeay!! Alhamdulillah....
Congratulations from me..and I'm the first person who officiate the passenger seat..hehe
I like his colour choice..but, hurmm..when perhaps i have a chance to board his car..
So, what's next?????? still in my mind....zzzzz
Posted by nad at 8:31 AM 2 comments
Hari Selasa lepas, I had SPA exam..really2 like SPM..ala beza A and M je kan..hehe...sangat2 tak best..and I tak expect pun dapat bcoz i saw all candidates sangat berbakat and terer2 ok!majority from UiTM Shah Alam..ofcourse la kan sebab govern kan support ipta..and me??ahaks..drawing pun tak betul, berangan nk jadi pelukis konon..
I woke up early because of my nervous and i dont want tersekat dalam traffic jam..after i sent my sister to her school(kesesakan sangat teruk di situ -kerinchi- ) and i then pick up my mr right at university lrt station..so, he drove using gps(haha..klaka) to go to institut profesional baitulmal, taman maluri where kat situ exam akan dijalankan...
Thank you so muchhhh to my mr right bcoz sanggup apply cuti semata-mata nak temankan..sori sangat2...but i really2 appreciate it.so, here's my exam "timetable":
930am - 1230pm (lukisan tangan)---> sangat tak suke !!
1230pm - 100pm (pengetahuan am..mcq)---> tak suke..sebab padan muka tak amek tahu hal ehwal negara..hal ehwal hiburan takde lak kuar!!
200pm - 4pm (karangan)---> sangat2 suke!!saye keluar 1 jam awal ye!!
so, disebabkan keluar awal, i suggest kat my boyfie, "ape kate kte g timesquare, lagipun dah dekat sgt kan.." and he said "jom.." hehe....yeay!!saye sangat suke berjalan...
the reason i wanna go to ts bcoz nak cari kemeja for my boyfie..tapi, takde yang berkenan...but, suddenly i've found kasut yang cantik and he oso setuju jugak...lepas try2, i ask him either nak ke tak nak ek? he said "kalo nak amek la, lagipun cantik jugak.." tbe2 hati berbunga2...thanks abang bcoz belanje me dengan kasut cantik..
Saye tak tahu kalo bagi orang len tak cantik, tapi saye sangat suke kasut ni sebab saye suke!!hehe...(tujuan utama nak beli kemeja dia, tapi tersangkut kt kasut saye lak!)
We "went to shopping" only 15minutes bcoz kejar mase tak nak sangkut jem..415pm kitorang dah balik..
Otw nak balik, dia sempat mengusik "amboi, dah pandai shopping skg ye!kalo camni, abes la duit..baru dpt gaji terus begi beli baju.." and i said "ala, sekali sekala je..bukan slalu.."
and dia gelak sambil cakap "yeke bukan selalu..last week tu bukan g beli kasut jugak ke?"
and saye sengeh!tu je kot yg bole dibuat..
Inilah hari exam SPA saye..sekian terima kasih... :P
notakaki : kakngah, kaklong dah ade jugak!hehe...g la ts..byk gile cantik2!hehe
Posted by nad at 10:28 AM 5 comments
Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jgn menyintaiku lbh dr dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jgn mengingatiku lbh dr dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jgn mendoakanku lbh dr dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah krn di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya krn di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
(Sumber : http://nurmardiah.blogspot.com)
Buat renungan diri agar tidak alpa & lupa untuk menyintai Allah Yang Esa lebih dari segalanya..dan percaya dengan rancangan yang ditentukan oleh-Nya kepada kita adalah yang terbaik buat kita ; rezeki, maut & jodoh...aku berserah di atas segala ketentuan-Nya..
p/s : kakngah sori 'ter' cilok! but the meaning of this surat sangat menyentuh hati..
Posted by nad at 9:22 PM 1 comments
Adik-adik..
Kakak sayang adik-adik kakak..
Kakak selalu rindu adik-adik kakak..
Kakak selalu risau adik-adik kakak..
Tapi kakak selalu marah adik-adik kakak..
Kakak sayang adik-adik kakak sebab kakak takde adik-adik lain..kakak cume ade adik-adik kakak je..adik-adik kakak yang sedarah sedaging..yang lahir dari rahim ibu yang sama..yang membesar di bawah satu bumbung yang sama..yang tidur bantal yang sama..yang makan pinggan yang sama..
Adik,
Kakak selalu rindu adik-adik kakak sebab kakak selalu rasa sunyi tanpa adik-adik kakak..kakak seronok sangat kalau adik-adik kakak berkumpul sama-sama..makan sama-sama..tidur sama-sama..kakak rasa seolah-olah kakak kembali ke zaman kita kecil-kecil dulu..
Adik,
Kakak selalu risau adik-adik kakak sebab kakak terlalu sayangkan adik-adik kakak..setiap kali kita berpisah, hati kakak selalu risau..kakak takut adik-adik kakak tak pandai jaga diri..kakak takut sesuatu berlaku pada adik-adik kakak..kakak taknak jadi kakak yang tak bertanggungjawab..biarlah segala musibah tu kakak yang tanggung..jangan adik-adik kakak sebab kakak tak sanggup tengok adik-adik kakak susah..
Adik,
Tapi, kakak selalu marah adik-adik kakak sebab kakak taknak adik-adik kakak kena marah dengan ibu atau ayah..biarlah kakak yang marah adik-adik kakak dulu..kakak taknak adik-adik kakak jadi macam kakak..kakak nak adik-adik kakak jadi lagi bagus dari kakak..kakak nak adik-adik kakak jadi orang berguna..tapi, jangan lupa asal usul,jangan lupa diri,jangan sombong..kakak nak adik-adik kakak saling membantu..kakak nak adik-adik kakak saling menjaga..sebab ikatan antara kita sampai bila-bila takkan putus walau kita sendiri cuba untuk memutuskan..sebab kita adalah satu dik..
Adik-adik kakak,
Kakak sayang sangat adik-adik kakak..kakak rindu sangat adik-adik kakak..kakak terlalu risaukan adik-adik kakak..kakak minta maaf kerana kakak selalu marah adik-adik kakak..kakak minta maaf kerana mulut ni tak pernah nak berhenti bercakap..kakak tahu, kakak hanya berhenti bila tiba saat nya..pada waktu itu, kakak takkan marah adik-adik kakak lagi, kakak takkan bising-bising lagi..tapi, adik-adik kakak jangan lupa..
Kakak tetap sayang adik-adik kakak sampai bila-bila.....
-kakak-
Posted by nad at 10:46 PM 1 comments